Showing posts with label 2018. Show all posts
Showing posts with label 2018. Show all posts

CONTOH FORMAT LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN





Pada lazimnya, selepas selesai sesuatu acara/aktiviti/kejohanan laporan perlu disediakan dalam bentuk hardcopy sebagai suatu bentuk dokumentasi yang perlu dizahirkan supaya mudah dirujuk apabila diperlukan. 

Antara fungsi dan peranan laporan adalah seperti berikut:

* Sebagai bahan dokumentasi rekod pelaporan sebarang aktiviti yang telah dijalankan.

* Sebagai eviden dan pembuktian aktiviti telah dijalankan.

* Bahan rujukan dan panduan untuk jawatankuasa tertentu dan pihak tertentu seperti PPD, JPN atau Jemaah Nazir

* Memudahkan individu dan jawatankuasa yang baru untuk menjalankan aktiviti yang sama pada masa akan datang.

Berikut contoh LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN sekolah saya dalam bentuk pdf. Format ini boleh ditukar ke bentuk word secara atas talian dengan di laman web https://smallpdf.com/ 

Nak tau macam mana nak tukar pdf ke word boleh klik link 


untuk belajar...



Selamat membuat laporan...

TAKWIM SUKAN 2018

Takwim sukan merupakan perancangan sukan dan aktiviti yang melibatkan sukan yang dijalankan di peringkat sekolah. Takwim ini hendaklah dihantar ke Unit Sukan PPD dan juga Unir Sukan JPN setiap tahun (Negeri Perak). Bersama-sama dengan takwim ini perlu disertakan borang pelaksanaan 1M1S. Softcopy borang ini saya akan kongsikan dalam masa terdekat.
Format penulisan TAKWIM SUKAN ini tidak ditetapkan. Jadi, perkongsian takwim sukan yang dijalankan di sekolah saya ini sekadar rujukan dan mungkin berguna untuk dijadikan contoh dan boleh diubah suai mengikut kesesuaian sekolah anda.
Anda boleh mendownload TAKWIM SUKAN di bawah:



PENGURUSAN PASUKAN


Jadual seperti dalam gambar saya sediakan sendiri untuk memudahkan pengurusan perbelanjaan dan susun atur perjalanan pasukan sekolah agar lebih teratur dan menepati masa.
Persediaan seperti ini membantu saya membuat persiapan lebih awal dan lebih peka terhadap keperluan pasukan sekolah.

Boleh download contoh yang saya buat ini dengan menekan link di bawah ;



KERTAS KERJA


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Image result for PAPER WORK

Sedikit maklumat mengenai kertas kerja...

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, KERTAS KERJA ialah makalah (artikel atau rencana) bertulis yang mengandungi perbincagan menhenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu.

Seperti mana yang kita sedia maklum, kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk sesuatu peruntukan kewangan atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

Kertas kerja merupakan salah satu bentuk komunikasi bertulis. Ini bermakna, kertas kerja merupakan hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu.

Berikut beberapa KERTAS KERJA yang telah disediakan oleh Setiausaha dan sebahagiannya juga disediakan oleh saya sendiri melalui hasil carian di internet. Saya berharap perkongsian ini memberi panduan untuk menghasilkan kertas kerja yang lebih baik. Jadikan perkongsian saya ini hanya sebagai panduan dan tidak dicedok 100% untuk mengelakkan kredibiliti anda dipertikaikan atau menunjukkan cara kerja anda bagaimana. Faham kot apa yang saya cuba sampaikan..
Senyum lah sikit... hehehehe

Okay.. selamat mendownload







Welcome Two Thousand Eighteen

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Alhamdulillah tahun 2018 ini satu tugasan baru yang terpaksa aku pikul. Ya, Penolong Kanan Kokurikulum a.k.a PKKK. Ini merupakan salah satu medium untuk aku mencabar diri dan mempraktikkan segala teori yang aku pelajari selama 2 tahun semasa mengambil sarjana beberapa tahun yang lalu...(mcm lama jer.. padahal baru taun lepas.. hahahahaha gelak jangan tak gelak...)

Agak berbeza dengan rutin harianku, tapi insyaallah akan aku cuba atur jadual dan pengurusanku mengikut kemampuan.. ya.. ikut kemampuan.. kalau tak larat minta maaflah.. hanya itu yang mampu aku buat.. tapi jika diberi kesihatan yang baik.. insyaallah aku akan cuba yang terbaik.

Blog ini aku wujudkan dengan niat untuk berkongsi semua bahan yang aku guna untuk keperluan dan  maklumat yang diperlukan khasnya untuk penolong-penolong kanan kokurikulum atau yang berkaitan dengannya seperi SU Kokurikulum dan SU Sukan sekolah.

Aku harap medium ini dapat memberi manfaat dan membantu meringankan beban tugas kita sebagai seorang pendidik. Insyaallah, memudahkan kerja orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Doakan kesihatan saya agar impian saya tercapai dan kehidupan saya sentiasa bahagia dan sihat.. amin...