Welcome Two Thousand Eighteen

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Alhamdulillah tahun 2018 ini satu tugasan baru yang terpaksa aku pikul. Ya, Penolong Kanan Kokurikulum a.k.a PKKK. Ini merupakan salah satu medium untuk aku mencabar diri dan mempraktikkan segala teori yang aku pelajari selama 2 tahun semasa mengambil sarjana beberapa tahun yang lalu...(mcm lama jer.. padahal baru taun lepas.. hahahahaha gelak jangan tak gelak...)

Agak berbeza dengan rutin harianku, tapi insyaallah akan aku cuba atur jadual dan pengurusanku mengikut kemampuan.. ya.. ikut kemampuan.. kalau tak larat minta maaflah.. hanya itu yang mampu aku buat.. tapi jika diberi kesihatan yang baik.. insyaallah aku akan cuba yang terbaik.

Blog ini aku wujudkan dengan niat untuk berkongsi semua bahan yang aku guna untuk keperluan dan  maklumat yang diperlukan khasnya untuk penolong-penolong kanan kokurikulum atau yang berkaitan dengannya seperi SU Kokurikulum dan SU Sukan sekolah.

Aku harap medium ini dapat memberi manfaat dan membantu meringankan beban tugas kita sebagai seorang pendidik. Insyaallah, memudahkan kerja orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Doakan kesihatan saya agar impian saya tercapai dan kehidupan saya sentiasa bahagia dan sihat.. amin...


No comments:

Post a Comment