SURAT-SURAT PENTING YANG PERLU DIBAWA SEMASA MEMBAWA MURID KELUAR MENJALANKAN AKTIVITI


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Senarai semak SOP untuk membawa pelajar menggunakan kenderaan sendiri bagi tujuan aktiviti kokurikulum:

1. Surat punca kuasa yang telah diminitkan, bercap sekolah & ditandatangani oleh pengetua/GB
2. Surat kebenaran ibu bapa yang lengkap ditandatangani pengetua/GB dan dibawa bersama
3.Surat deklarasi kesihatan lengkap dan dibawa bersama
4. Surat kebenaran membawa pelajar dengan menggunakan kenderaan sendiri dari pengetua/GB
5. Pastikan roadtax dan insurans hidup (disemak oleh pengetua/GB)


Berikut adalah SPI berkaitan keselamatan murid semasa berada di dalam dan di luar kawasan sekolah



Di sini saya berikan contoh surat-surat seperti yang dinyatakan di atas 

1. Surat punca kuasa tu maksudnya, surat arahan drpd PPD atau JPN berkenaan dengan program, bengkel,kursus, mesyuarat atau taklimat yang telah diterima sekolah dan ditandatangan oleh pihak pentadbir.

2. Surat Kebenaran Ibu Bapa dan pengakuan kesihatan murid saya satukan sahaja.


(sila klik untuk download)


3. Surat Kebenaran Menggunakan Kereta sendiri


(sila klik untuk download)


Semoga bermanfaat...

No comments:

Post a Comment