SURAT-SURAT PENTING YANG PERLU DIBAWA SEMASA MEMBAWA MURID KELUAR MENJALANKAN AKTIVITI


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Senarai semak SOP untuk membawa pelajar menggunakan kenderaan sendiri bagi tujuan aktiviti kokurikulum:

1. Surat punca kuasa yang telah diminitkan, bercap sekolah & ditandatangani oleh pengetua/GB
2. Surat kebenaran ibu bapa yang lengkap ditandatangani pengetua/GB dan dibawa bersama
3.Surat deklarasi kesihatan lengkap dan dibawa bersama
4. Surat kebenaran membawa pelajar dengan menggunakan kenderaan sendiri dari pengetua/GB
5. Pastikan roadtax dan insurans hidup (disemak oleh pengetua/GB)


Berikut adalah SPI berkaitan keselamatan murid semasa berada di dalam dan di luar kawasan sekolah



Di sini saya berikan contoh surat-surat seperti yang dinyatakan di atas 

1. Surat punca kuasa tu maksudnya, surat arahan drpd PPD atau JPN berkenaan dengan program, bengkel,kursus, mesyuarat atau taklimat yang telah diterima sekolah dan ditandatangan oleh pihak pentadbir.

2. Surat Kebenaran Ibu Bapa dan pengakuan kesihatan murid saya satukan sahaja.


(sila klik untuk download)


3. Surat Kebenaran Menggunakan Kereta sendiri


(sila klik untuk download)


Semoga bermanfaat...

MUKA DEPAN dan DIVIDER FAIL KOKO


Boleh download apa yang diperlukan, just klik link berikut.

Saya share dalam bentuk word supaya cikgu2 boleh edit, tetapi tulisan mungkin berbeza dengan fail saya kerana tulisan yang saya guna berbeza dengan apa yang ada dalam laptop atau komputer yang cikgu-cikgu guna. dan mungkin lari-lari sikit.. so cikgu2 kena kejarlah... hehehehehe
edit la apa yang patut ek...











Selamat mendownload... Semoga bermanfaat untuk kita semua


AKTA SPI SPK KOKURIKULUM


Assalamualaikum... dan Salam Sejahtera...

Di sini saya sertakan Akta, Surat Pekeliling Iktisas (SPI) dan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) yang perlu ada dalam Fail khas untuk simpanan dan rujukan mana-mana pihak yang disediakan oleh penolong kanan kokurikulum khasnya.

Untuk memudahkan rujukan, saya sediakan INDEKS untuk memudahkan pencarian dimana INDEKS ini saya letakkan dibahagian kulit FAIL dan meletakkan tag nombor untuk lebih mudah untuk diakses.


Klik di sini untuk mendownload



Untuk kandungan fail pula, boleh download fail berikut:

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

32



Fail yang saya buat seperti gambar berikut:




Ni tag yang saya buat dalam fail untuk mudah di akses.



Ini pula barisan fail-fail induk. saya akan share tulang fail dan juga muka depan fail.

Semoga bermanfaat.










CONTOH FORMAT LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN





Pada lazimnya, selepas selesai sesuatu acara/aktiviti/kejohanan laporan perlu disediakan dalam bentuk hardcopy sebagai suatu bentuk dokumentasi yang perlu dizahirkan supaya mudah dirujuk apabila diperlukan. 

Antara fungsi dan peranan laporan adalah seperti berikut:

* Sebagai bahan dokumentasi rekod pelaporan sebarang aktiviti yang telah dijalankan.

* Sebagai eviden dan pembuktian aktiviti telah dijalankan.

* Bahan rujukan dan panduan untuk jawatankuasa tertentu dan pihak tertentu seperti PPD, JPN atau Jemaah Nazir

* Memudahkan individu dan jawatankuasa yang baru untuk menjalankan aktiviti yang sama pada masa akan datang.

Berikut contoh LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN sekolah saya dalam bentuk pdf. Format ini boleh ditukar ke bentuk word secara atas talian dengan di laman web https://smallpdf.com/ 

Nak tau macam mana nak tukar pdf ke word boleh klik link 


untuk belajar...



Selamat membuat laporan...

TUKAR PDF KE WORD


Langkah 1 : Buka web ini : https://smallpdf.com/


Langkah 2


Akan keluar paparan seperti di atas, pilih pdf to word. Nampak tak banyak pilihan nak tukar macam2 kan.. so selepas ni boleh la tukar dengan senang hati.... yeyeyeyeyeyeye


Langkah 3 : 



jangan Drop your file kat pc atau laptop nanti hancur pc korang plak.. just klik Choose file, nanti dia akan bawa korang ke folder dokumen yang selalu korang letak dokumen. 



Langkah 4 : 


Lepas korang upload dokumen pdf korang, diorg akan proses. Apabila keluar paparan macam kat atas ni maksudnya, dokumen korang dah di convert. So, korang klik jer dokumen korang tu dan SIAP...

Pertukaran atau convert dokumen hanya boleh dilakukan sebanyak 2 dokumen untuk 1 jam sbb tak signup...

selamat menconvert.... hehehehe



BORANG SEMAKAN PROGRAM SUKAN SEKOLAH 2018



BORANG SEMAKAN PROGRAM SUKAN SEKOLAH




Seperti yang diberitahu dalam entry sebelum ini, borang ini perlu disertakan bersama takwim sukan dan dihantar ke Unit Sukan PPD dan JPN Negeri Perak pada setiap tahun.


Selamat mendownload

TAKWIM SUKAN 2018

Takwim sukan merupakan perancangan sukan dan aktiviti yang melibatkan sukan yang dijalankan di peringkat sekolah. Takwim ini hendaklah dihantar ke Unit Sukan PPD dan juga Unir Sukan JPN setiap tahun (Negeri Perak). Bersama-sama dengan takwim ini perlu disertakan borang pelaksanaan 1M1S. Softcopy borang ini saya akan kongsikan dalam masa terdekat.
Format penulisan TAKWIM SUKAN ini tidak ditetapkan. Jadi, perkongsian takwim sukan yang dijalankan di sekolah saya ini sekadar rujukan dan mungkin berguna untuk dijadikan contoh dan boleh diubah suai mengikut kesesuaian sekolah anda.
Anda boleh mendownload TAKWIM SUKAN di bawah: